Tayangan Krismas

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena menyambut kedatangan Krismas, Pusat Internet Rantau Panjang Sibu Sarawak telah mengadakan Tayangan Krismas. Objektif aktiviti ini bukan semata-mata ke arah keagaman tetapi ia bagi mengeratkan siraturahim antara komuniti di kawasan ini. Aktiviti ini diadakan selama 4 jam dari jam 1 hingga 5 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang sedang cuti persekolahan.

Youtube The Christmas Story – Birth of Jesus Christ (Bible Story) tayangan pertama diselangi dengan tayangan lagu-lagu Krismas petikan Youtube iaitu:
- King’s College Cambridge 2013 – O Little Town of Bethlehem
- O Holy Night – Carols from King’s 2017
- King’s College Cambridge 2015 – Once In Royal David’s City descant Will
- Libera – Carol of The Bells (Concert Version)
- Libra – Angles We Have Heard On High
- Over A Thousand Pepople Come Together To Break a Record And Bring This Moving Christmat Hymn To life.
Barulah tayangan kedua The Birth of Jesus Christ – Christmas Story for Kids dimainkan.

Oleh kerana majoriti peserta yang hadir beragama Kristian, keterujaan untuk menyambut Krismas amat dirasai dikalangan peserta. Dengan kesempatan ini, Pusat Internet Rantau Panjang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas 2018.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali